
Episod 26
Leeya geram sangat dengan kelakuan Johan & ibu Johan dan mengambil keputusan untuk balik ke KL. Tapi malangnya, van kami rosak pula! Bila Johan tawar kami semua untuk tidur di rumahnya, Leeya terus menolak. Leeya, Lily, Tuti dan Nik tekad tidur di tepi pantai. Malam tu sejuk. Tiba-tiba Johan mucul dengan selimut. Leeya terperanjat...mula-mula Leeya tak nak layan dia, tapi lepas tu bila Leeya nak tanyakan dia sesuatu, dia hilang. Leeya kecewa...
Rehan pula tidur di rumah keluarganya supaya boleh berkenalan, tapi dia panik bila dia disuruh melakukan kerja dapur. Ibunya desak dia belajar masak Ayam Kunyit dan menganyam ketupat!
Tuti dan Nik pula tak habis-habis bertekak. Lily lah yang jadi orang tengah mendamaikan mereka. Kami semua yang sudah bersiap sedia dengan tuala, berus gigi dan syampu tercari-cari tempat sesuai untuk membersihkan diri. Johan membawa kami ke rumah Mak Su supaya kami boleh mandi. Tiba-tiba Nik sedar yang dia tertinggal barang-barang mandiannya di rumah. Jadi dia minta kami semua pinjamkan berus gigi kami padanya tapi malang sungguh nasib Nik sebab tiada siapa antara kami yang sudi! Dia terus ambil keputusan tidak mahu mandi! Leeya surprise bila Mak Su beritahu yang Johan selalu cakap pasal Leeya...hmm...mungkinkah apa yang Johan cakap, benar, yang dia tak tahu yang ibu dia serious pasal nak match make diaorang.
Leeya dapat semangat balik dan berputus untuk menambat hati & yakinkan ibu Johan yang Leeya yang patut bersama. Kami mengatur ops yang menarik sangat tapi masa nak menjalankan ops tu la...ada masalah. Yang paling mengejutkan adalah keesokan harinya, Leeya dipanggil ke rumah Johan. Ibu Johan telah mengubah fikirannya...macam magik!
Sebenanrnya, sepanjang trip ni ada perkara pelik yang berlaku...kami dapat tahu yang Mak Su takde di Kampung pun...dia belum balik dari tempat lain...tapi siapa wanita tu yang Johan perkenalkan kami? Kenapa Johan cakap yang dia tak jumpa Leeya sedangkan Leeya ada jumpa dia? Kenapa van kami yang rosak tiba-tiba boleh jalan? Kenapa ibu Leeya yang sangat membantah hubungan antara Johan dan Leeya tiba-tiba ubah fikiran...Leeya ada dengar tentang kewujudan hantu raya di Kampung ni...mungkinkah mereka yang campur tangan dalam hal kami? Apakah yang mereka nak?...Hmm...apa yang Leeya tahu, sekarang Leeya & Johan sudah berbaik semula...dan Leeya rasa semua cabaran tahun ni telah mengukuhkan lagi relationship kami...whatever doesn’t kill you, only makes you stronger, right?!
Untuk menyertai, taip A atau B dan hantar ke 32323. RM0.50/sms
Terma & Syarat
Keputusan Semasa Undian SMS