Episod 11
Raya ni semua kawan-kawan Leeya tak dapat balik kampung kerana tiket bas dah sold out. Nik ni lah, tunggu saat terakhir untuk beli tiket. Lily sedih tapi bila dapat tahu yang Kay pun tak balik, semangat dia pulih. Tuti pulak pasti menyesal kerana tak balik JB dengan Abang Azri. Pelik jugak, kenapa Tuti nak beli tiket padahal boleh balik percuma! Hmm...
Untuk sambutan Raya tahun ini pula, Tuti dah arahkan Kechik untuk menganyam ketupat. Tuti rasa dia boleh buat Kechik belajar tentang disiplin diri. Tapi lain pula yang jadi bila Kechik jatuh cinta dengan Tuti sebab terpesona dengan bau rambut Tuti yang sangat harum. Semua sebab perapi tanpa bilas lah! Leeya pun guna perapi yang sama!
Rehan terpaksa pula berhadapan dengan bau badan penyelia yang tidak disukainya. Penyelia Rehan tu jahat betul, paksa Rehan kerja masa Raya. Bukan itu saja, bekerja dengan penyelia yang asyik mengkritik ideanya memang menyusahkan. Ada saja yang tak kena! Yang dia tahu, Rehan perlu ikut ideanya bulat-bulat. Tapi Rehan bernasib baik bila bosnya minta dia persembahkan ideanya sendiri. Rehan memang tak lepaskan peluang biarpun penyelianya tak gemar idea yang diberikannya..
Hari Raya dah hampir tiba! Walaupun tanpa Johan, Leeya tekad nak sambut raya dengan gembira. Rakan-rakan Leeya cuba hiburkan hati Leeya dengan menganjurkan slumber party bertemakan “lupakan dia!”. Pasal Johanlah tu! Leeya tak mahu sedih-sedih sebab hari raya kan untuk diraikan!
Raya Leeya kali ini memang berbeza. Leeya gembira sebab Syafiq, krew yang Leeya jumpa sebelum ini, bagi Leeya peluang yang Leeya sendiri tak sangka-sangka. Dia minta Leeya ganti tempat seorang krew lain yang tiba-tiba jatuh sakit. Leeya anggap ini satu peluang keemasan untuk belajar yang memang Leeya nantikan dan takkan sesekali Leeya lepaskan. Pada mulanya, memang Leeya rasa janggal. Tapi lama-lama Leeya boleh biasakan diri dan seronok bekerja.
Leeya sebenarnya simpan harapan yang Johan akan muncul untuk Takbir Raya, tapi bila dia tak muncul, hati Leeya kecewa. Adakah ini penghujungnya?
Ep11 SMS Question
Adakah anda mahu Johan…?
a) Panggil Aleeya
b) Tidak panggil Aleeya
Untuk menyertai, taip A atau B dan hantar ke 32323. RM0.50/sms
Terma & Syarat
Keputusan Semasa Undian SMS