SUNSILK IMPIAN (MUSIM Ke-2)
Dalam Impian Musim kedua, Aleeya mempunyai impian baru, iaitu
untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Dengan pengala-
mannya dalam bidang penulisan, minatnya yang mendalam untuk
IT serta pembelajarannya sebagai hos dalam program TV ‘Life Can’t
Wait’, Aleeya membuat keputusan untuk membuka syarikatnya sen-
diri, ‘GangofGirls TV’ yang menghasilkan program khas untuk internet.
Bersama dengan Kay, Aleeya menerbitkan program web berinspirasi ’Tentukan Hidup Anda’ dan program ’Layar Leeya’ yang mempamerkan
isu-isu dekat di hatinya, yang merangkumi isu-isu seperti kebersihan
alam sekitar, sindiket peminta sedekah dan isu soal hati! Menjayakan syarikat ini hanyalah salah satu daripada cabaran Aleeya musim ini.
Dia juga menghadapi pelbagai cabaran dalam aspek hubungan baru-
nya dengan teman lelakinya, Johan.
Bila Rehan muncul bersama Johan, Aleeya menjadi kurang selesa
dengan perhubungan mereka. Lebih-lebih lagi apabila Rehan keliha-
tan terlalu mesra dengan Johan dan semua kawan-kawan Aleeya berpendapat bahawa Rehan berniat untuk merampas Johan dari
Aleeya. Walaupun Aleeya mencuba sedaya upaya untuk berkenalan dengan Rehan, Aleeya masih merasakan yang Johan dan Rehan merahsiakan sesuatu daripadanya. Persoalannya, bolehkan Aleeya menerima persahabatan Rehan?
Kak Ju yang kini merupakan seorang ibu kepada 2 anak kembar cuba menyesuaikan diri dalam kehidupan barunya, iaitu menjaga anak–
anak di rumah sementara Azri mengendalikan kafe/salon mereka.
Konsep kafe/salon dicetuskan oleh Azri sebagai usaha untuk me-
majukan bisnes mereka. Kak Ju yang hampir kehilangan semangat disebabkan situasinya, akhirnya berjaya menangani masalahnya
apabila mendapat idea bagaimana untuk mencapai kepuasan hidup
yang diingini.
Kafe/Salon mereka menjadi lebih ceria dengan kehadiran Lily, seorang pendandan rambut yang mula bekerja di sana. Apabila Lily jatuh cinta,
dia bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk mendapat perhatian
buah hatinya. Malangnya, jejaka idamannya itu sudah berpunya dan
Lily terpaksa akur.
Tuti, sepupu Azri yang muncul secara tiba-tiba di rumah Azri mem-
punyai misterinya sendiri. Tuti adalah seorang gadis yang amat
meminati bidang perekaan fesyen, namun telah hilang keyakinan
diri & patah semangat untuk meneruskan usahanya demi mencapai impiannya itu apabila gagal dalam satu peraduan. Bolehkah Aleeya memulihkan semangat Tuti?
Impian 2 mengetengahkan isu-isu persahabatan & kekeluargaan. Saksikan kisah lucu dan menyentuh hati persahabatan 4 orang
gadis yang berbeza dan ikutilah perjalanan mereka dalam mengejar impian masing-masing