 |
 |
Terma & Syarat Peraduan SMS Impian 2009
- “Peraduan SMS Impian” (selepas ini dirujuk sebagai “Peraduan”) bermula pada 14 July 2009 pada pukul 11.00 malam dan berakhir pada 11 Januari 2010 pada pukul 11:59: 59 malam (selepas ini dirujuk sebagai “Tempoh Peraduan”).
- Peraduan ini dianjurkan berdasarkan kepada episod yang disiarkan setiap hari Selasa untuk program TV iaitu "Sunsilk Impian" (selepas ini dirujuk sebagai "Program TV") di TV3 pd pukul 11.00 malam.
- Peraduan terbuka kepada semua pelanggan prabayar dan pasca bayar bagi operator-operator telefon mudah alih / telefon bimbit Maxis, Digi dan/atau Celcom (Telco) yang mempunyai status penduduk tetap di Malaysia (selepas ini dirujuk sebagai "Peserta").
- Pekerja kepada Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd (Unilever), Red Communication Sdn. Bhd., M3 Technologies (Asia) Bhd., (selepas ini dirujuk sebagai "Penganjur") dan/atau anak-anak syarikat dan/atau syarikat yang mempunyai kaitan dengan pihak penganjur, penaja-penaja, agensi-agensi periklanan dan promosi dan/atau ahli keluarga terdekat individu pihak penganjur TIDAK berkelayakan untuk menyertai dan/atau memenangi peraduan ini.
- Peraduan ini terbahagi kepada 26 minggu. Setiap minggu, peraduan akan dijalankan bermula dari setiap hari Selasa pada masa yang sama program TV disiarkan (11:00 malam) dan berakhir pada setiap hari Khamis minggu yang sama pada pukul 3.00 petang.
- Untuk menyertai peraduan ini, peserta mesti menjawab soalan yang diberi dengan tepat dalam tempoh masa peraduan yang diberikan. Soalan no. 1 akan disiarkan selepas program TV tersebut, dan peserta dikehendaki menjawab dengan menaip A atau B dan hantarkan ke 32323. Peserta kemudiannya akan menerima soalan no. 2 melalui SMS. Untuk menjawab, sila taip QA, QB atau QC dan hantarkan ke 32323. Seterusnya peserta dikehendaki mendaftar nama dan nombor kad pengenalan baru melalui SMS dan hantar ke 32323 utk lengkapkan peraduan ini.
- Kesemua jawapan bagi soalan no. 1, 2 dan daftar nama/nombor kad pengenalan baru mesti dihantar melalui SMS ke 32323 dan diterima sepenuhnya dalam jangka masa tempoh peraduan yang diberikan.
- Para Peserta dengan ini adalah hanya dibenarkan untuk menyertai peraduan dengan menggunakan telefon mudah alih / telefon bimbit masing-masing sahaja. Penggunaan komputer-komputer peribadi, alat-alat pembantu digital peribadi dan/atau sebarang alat-alat lainnya bagi tujuan penyertaan peraduan adalah dilarang sama sekali dan sekiranya berlaku, akan mengakibatkan peserta berkenaan dibatalkan penyertaannya daripada peraduan ini secara automatik.
- Para peserta akan dicaj sebanyak RM0.50 untuk setiap SMS yang diterima. Ini tidak termasuk caj rangkaian Telco masing-masing.
- Peraduan ini mengandungi tiga pemenang mingguan dan satu pemenang hadiah utama (selepas ini dirujuk sebagai "Pemenang Peraduan". Pemenang mingguan akan dipilih berdasarkan kepada markah tertinggi yang dijawab dengan betul untuk soalan no. 2 yang diperoleh bagi sepanjang minggu tersebut. Setiap soalan no. 2 yang dijawab dengan betul akan diberi 1 markah. Sekiranya berlaku situasi seri, di mana terdapat dua (2) atau lebih peserta yang mempunyai markah tertinggi yang sama bagi tempoh peraduan minggu tersebut, maka peserta yang memperoleh markah tertinggi dan penyertaan sms terbanyak akan dikira sebagai pemenang. Sekiranya juga berlaku situasi seri, maka pemenang akan ditentukan dalam masa yang terpantas menjawab soalan 1 dan 2 daripada peserta yang lain. Masa terpantas merujuk kepada masa yang diambil oleh peserta untuk menghantar jawapan soalan no. 1 ke 32323 sehingga jawapan soalan no. 2 diterima oleh 32323. Kriteria yang sama juga akan diambilkira untuk menentukan pemenang bagi hadiah utama sepanjang tempoh peraduan berlangsung.
- Pemenang-pemenang peraduan akan dihubungi secara SMS melalui telefon mudah alih / telefon bimbit yang digunakan oleh peserta untuk menyertai peraduan. Para pemenang akan cuba dihubungi dalam jangka masa empat belas hari (14) hari setelah berakhirnya minggu peraduan tersebut.
- Unilever berhak menggunakan budibicara mutlaknya untuk menukar hadiah tersebut dengan hadiah lain sebagai gantinya tanpa sebarang notis awal diberi pada bila-bila masa. Kesemua Peserta adalah dilepaskan daripada, dan bersetuju untuk mengindemniti Unilever, agen-agennya, para penajanya dan/atau wakil-wakilnya terhadap sebarang liabiliti, kos, kerugian dan/atau perbelanjaan yang timbul hasil daripada sebarang hadiah dan/atau penglibatan di dalam peraduan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada kecederaan peribadi dan/atau kerosakan terhadap harta benda sama ada secara terus atau tidak langsung, secara patut nampak (‘foreseeable’), yang timbul hadir daripada perbuatan cuai dan/atau kegagalan untuk melaksanakan sesuatu perkara dan/atau sebaliknya. Para Pemenang juga adalah bertanggungjawab terhadap sebarang dan kesemua cukai yang perlu dibayar hasil daripada sesuatu hadiah yang diberi atau diterima.
- Kesemua hadiah mesti dituntut dalam tempoh 30 hari dari tarikh pemberitahuan (selepas ini dirujuk sebagai "Jangkamasa Tuntutan"). Hadiah-hadiah tidak boleh ditukarganti atau dipindah hakmilik dalam apa jua bentuk dan dalam apa cara sekalipun. Hadiah-hadiah yang gagal untuk dituntut dalam tempoh Jangkamasa Tuntutan akan dilupuskan oleh Unilever dan Unilever, agen-agennya, para penajanya dan/atau wakil-wakilnya tidak mempunyai sebarang liabiliti terhadap pemenang dalam sebarang aspek sekalipun.
- Para Pemenang boleh, di bawah budibicara mutlak Unilever dikehendaki untuk menandatangani surat akuan kewarganegaraan atau had umur yang ditetapkan dan/atau surat perjanjian pelepasan dan indemniti dalam bentuk yang disediakan oleh pihak Penganjur untuk penerimaan sebarang hadiah.
- Segala hadiah adalah diterima di bawah risiko pemenang secara sepenuhnya dan Unilever dengan ini mengesahkan bahawa ia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang hadiah selagi mana ianya dibenarkan di bawah undang-undang.
- Kesemua hadiah hendaklah dituntut secara sendiri oleh Pemenang melainkan Unilever menyatakan sebaliknya. Bukti pengenalan diri berkemungkinan akan diperlukan yang mempunyai sesalinan gambar di dalamnya (sebagai contoh, termasuk tetapi tidak terhad kepada kad pengenalan, lesen memandu, paspot, dan sebagainya yang mana mempamerkan sesalinan gambar Pemenang). Sekiranya Unilever memilih / dikehendaki untuk mengepost hadiah-hadiah kepada pemenang, Unilever tidak akan bertanggungjawab sepenuhnya atas keselamatan dan keefektifan pengeposan hadiah-hadiah terbabit.
- Dalam situasi-situasi khas dan tertakluk kepada budibicara mutlak Unilever, seseorang Pemenang boleh melantik wakil yang ditetapkan untuk menuntut hadiah. Wakil tersebut hendaklah mengemukakan kebenaran bertulis daripada pemenang dan mengemukakan bersama-samanya bukti tanda pengenalan diri kedua-dua pemenang dan wakilnya.
- Dalam situasi di mana seseorang Pemenang memilih untuk tidak menerima sesuatu hadiah, pemenang berkenaan terlucut segala hak dan tuntutan terhadap hadiah berkenaan, yang mana akan diuruskan oleh Unilever menurut budibicara mutlaknya.
- Dalam situasi di mana, Unilever menganjurkan sebuah Majlis Penyampaian Hadiah, para pemenang dikehendaki menghadiri majlis tersebut dengan kos / perbelanjaan sendiri. Sekiranya pemenang peraduan tidak dapat menghadiri majlis tersebut maka pemenang harus melantik seorang wakil sebagai wakilnya untuk menghadiri majlis tersebut dan menerima hadiah yang diberikan.
- Para pemenang mesti menandatangani dan memulangkan sebarang borang / surat penerimaan hadiah dan/atau pelepasan liabiliti dalam jangka masa tujuh (7) hari selepas tarikh pemberitahuan. Sekiranya gagal, maka penyertaan peserta terbabit akan dibatalkan secara automatik dan pemenang alternatif akan dipilih.
- Para Peserta adalah dikehendaki oleh Unilever untuk menyertai sesi temuramah, sesi bergambar, sesi video dan/atau filem dan para peserta dengan ini memperakui bahawa Unilever mempunyai hak untuk menggunakan temuramah-temuramah, gambar-gambar publisiti, video dan/atau filem tersebut dalam sebarang medium dan dalam sebarang keadaaan yang difikirkan bersesuaian, tanpa sebarang bayaran pampasan dalam apa bentuk sekalipun diberikan.
- Setiap bukti penghantaran SMS oleh para Peserta tidak semestinya bermaksud sebagai bukti bahawa penerimaan SMS tersebut. Unilever juga mempunyai hak untuk membatalkan sebarang penyertaan yang tidak lengkap dan/atau palsu.
- Semua keputusan Unilever dalam apa-apa perkara berkenaan dengan peraduan ini adalah muktamad dan sah.
- Unilever juga tidak akan dipertanggungjawaabkan dan bebas untuk:
- tidak bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan terhadap sebarang masalah, kerugian dan/atau kerosakan hasil daripada sebarang sebab yang dialami oleh para Peserta di atas kelewatan dan/atau kegagalan dalam penerimaaan dan/atau penghantaran sesuatu SMS hasil daripada ralat sebarang jaringan (‘network’), komunikasi atau sistem (termasuk SMS pemberitahuan kepada pemenang), gangguan dan/atau kegagalan yang dialami oleh operator telefon mudah alih/telefon bimbit yang mengambil bahagian dan/atau oleh Unilever dan/atau hasil daripada penyertaan dan/atau hasil daripada pemuatturunan sebarang bahan di dalam peraduan. Di dalam situasi ralat, gangguan dan/atau kegagalan, Unilever tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kegagalan peserta untuk menyertai peraduan ini pada bila-bila masa sekalipun.
-
sebarang kos, kerugian, kehilangan, perbelanjaan dan/atau liabilti yang dihadapi oleh setiap peserta dan/atau juga wakil mereka apabila menyertai peraduan ini.
- Unilever berhak untuk menamatkan dan/atau membatalkan Peraduan pada bila-bila masa di bawah budibicara mutlaknya. Dalam situasi penamatan atau pembatalan sebegini, Unilever berhak di bawah budibicara mutlaknya memilih untuk tidak memberikan sebarang hadiah berkaitan Peraduan yang telah dibatalkan atau ditamatkan tersebut.
- Unilever dan pihak-pihak yang berkaitan dengannya berhak untuk menghantar mesej SMS kepada nombor telefon mudah alih / telefon bimbit para peserta yang mengandungi tentang promosi dan informasi.
- Sekiranya peserta tidak berkeinginan untuk menerima atau ingin menghentikan apa-apa jua sms promosi yang berkaitan dengannya, peserta bolehlah menghantar SMS dengan menaip OUT (RM0.00) dan hantarkannya ke 32323. Untuk bantuan secara SMS, sila hantar HELP (RM0.30 utk pelanggan DiGi dan Celcom) ke 32323.
- Pastikan WAP/GPRS telah diaktifkan untuk sebarang servis WAP/GPRS dan telefon bimbit anda adalah bersesuaian. Kadar caj biasa WAP/GPRS akan dikenakan. Sila hubungi syarikat telekomunikasi anda untuk maklumat lanjut.
- Muat turun kandungan gambar dan mp3: RM3.00 setiap kandungan. Setiap Wap Push dicaj RM0.30 (kecuali maxis). Setiap permintaan STOP dicaj RM0.30 (pelanggan DiGi dan Celcom sahaja).
- Unilever mempunyai hak sepenuhnya untuk meminda, membuang dan/atau menambah Terma-terma dan Syarat-syarat Peraduan ini tanpa sebarang notis awal diberi pada bila-bila masa dan para peserta adalah dengan ini tertakluk kepada sebarang pindaan, pembuangan dan/atau penambahan tersebut.
- Penyertaan dan/atau pengambil bahagian di dalam Peraduan adalah dianggap sebagai penerimaan tanpa syarat oleh Peserta-Peserta terhadap keseluruhan Peraturan-Peraturan. Peserta-Peserta dengan ini bersetuju untuk bekerjasama dan mengikuti segala permintaan munasabah Unilever berkaitan dengan Peraduan dan penyiarannya.
- Semua keputusan Unilever dalam apa-apa perkara berkenaan peraturan-peraturan di dalam ini adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.
- Untuk sebarang pertanyaan berkaitan dengan servis ini, sila hubungi di talian 03-7957 7111, 9 pagi hingga 5 petang (Isnin - Jumaat).
|
 |